1:38 AM

Budaya Kerja Cemerlang Mengikut Perspektif Islam

Sabtu lepas, 12 September 2009, 9.30 pagi, di Balai Islam SMKTD (cantiknya balai islam ni, tempat solat guru perempuan pun best) - ada ceramah tentang tajuk di atas oleh Ustaz Mohd. Razali bin Jamil Al-Hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Misriyah, Segamat, Johor.
Seronok mendengar ceramah ustaz ni, tapi kecut perut cikgu-cikgu apabila ditujukan soalan-soalan berdasarkan subjek masing-masing. Bukan apa...takut tersalah jawab...malu!! Yang bestnya, apabila dia bertanya, siapa ajar Sejarah, Sains, Bahasa Melayu, Fizik, Geografi - semua tunjuk cikgu-cikgu lelaki...kira gentlemen lah tu, tolong jawab untuk cikgu perempuan!
Tapi apa yang saya nak share dengan semua guru ialah intipati ceramahnya yang penting sebagai pedoman golongan warga pendidik seperti kita iaitu 4 perkara.
1. Apa-apa saja kerja kita lakukan - mesti bertepatan dengan syarak. Jadikan kerja
sebagai satu ibadat yang mendatangkan pahala, bukan kerja yang mendatangkan dosa.
2. Mesti ada keikhlasan dalam bekerja. Kata ustaz ni, sembunyikan perkara baik yang di
lakukan, jangan menunjuk-nunjuk pada orang.
3. Dalam masa kita bekerja, jangan sampai meninggalkan perkara fardhu.
Perkara yang sunat dikerjakan tapi yang wajib ditinggalkan.

4. Nawaitu / niat mesti betul kerana produk yang dihasilkan akan ikut niat kita dan Allah SWT beri kita pahala ikut niat kita juga. Niat ni juga akan membezakan yang fardhu dengan sunat dan membezakan ibadat dengan adat.

Bila mendengar ceramah yang menarik macam ni, terasa masa berlalu cepat betul! Tapi ok juga habis cepat, penat duduk atas lantai sebenarnya, sakit kat macam-macam tempat, tukar posisi duduk aje dah 4 - 5 kali, bila nak bangun ...adui, sakitnya pinggang dan kakiku..!

Tapi apa-apapun, saya teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus...

Katanya, iman kita, manusia akhir zaman ni, senipis kulit bawang dan macam 'belon'. Kalau kita rajin mendengar ceramah agama, iman kita akan 'boost', insaflah kita sekejap...tapi kalau dah lama tak dengar ceramah agama, iman kita akan mengendur, berkurang dan boleh hilang... macam belon lah, kalau diisi dengan gas/udara, belon akan mengembang dan membesar, tapi kalau lama tak diisi dengan gas/udara, belon akan mengecut dan mengempis...Sama-samalah kita berpesan-pesan antara satu sama lain. Wallahualam.


6:08 PM

Analisis Bentuk Soalan Geografi PMR 2005 - 2008

Tahun 2005

1. Peta topo - 6 soalan
2. Peta Sem. M'sia - 1 soalan
3. Peta Malaysia - 6 soalan
4. Peta S & Swk - 1 soalan
5. Peta Dunia - 3 soalan
6. G/rajah, Rajah - 13 soalan
7. Pernyataan - 30 soalan

Bil dan % soalan berbentuk peta - 11 soalan (18.3%)


Tahun 2006


1. Peta Topo - 6 soalan
2. Peta Sem. M'sia - 1 soalan
3. Peta Malaysia - 9 soalan
4. Peta S & Swk - tiada
5. Peta Dunia - 3 soalan
6. G/Rajah, Rajah - 3 soalan
7. Pernyataan - 38 soalan

Bil dan % soalan berbentuk peta - 13 soalan (21.6%)


Tahun 2007

1. Peta Topo - 6 soalan
2. Peta Sem. M'sia - 2 soalan
3. Peta Malaysia - 9 soalan
4. Peta S & Swk - tiada
5. Peta Dunia - 2 soalan
6. G/Rajah, Rajah - 4 soalan
7. Pernyataan - 37 soalan

Bil dan % Soalan Berbentuk Peta - 13 soalan (21.6%)


Tahun 2008

1. Peta Topo - 6 soalan Bi
2. Peta Sem. M'sia - 3 soalan
3. Peta Malaysia - 5 soalan
4. Peta S & Swk - tiada
5. Peta Dunia - 4 soalan
6. G/Rajah, Rajah - 5 soalan
7. Pernyataan - 37 soalan

Bil dan % Soalan Berbentuk Peta - 12 soalan (20%)

3:25 AM

Treat Others With Respect

Treating people with respect makes our world a nicer place to live in. So how to treat people with respect? Actually, it's easy....here are some ideas we can share..

1. Don't insult people or make fun of them...mock or tease people...

2. Listen to others when they speak...

3. Value other peoples opinion...

4. Don't talk bad things about people behind their back...
5. Be sensitive to other people's feelings...
6. Don't pressure people to do something they don't want to do...
7. Don't underestimate people...
But the most important thing about respect is - we have to treat people the way how we like them to treat us.
Have a nice day!!

1:21 AM

Tidak Kalah Dan Tidak Dikalahkan...

Sewaktu sedang drive balik ke rumah tengah hari tadi, sayapun bukalah radio IKIM, cadang tu nak dengar lagu-lagu nasyid. Memang menusuk kalbu mendengar lagu-lagu sebegini, lebih-lebih lagi hari Jumaatkan! Habis saja lagu nasyid tu, juruhebah radio tu minta ustaz yang beri tazkirah sebelum tu sambung...

Yang paling menarik perhatian dan konsentrasi saya ketika itu ialah ungkapan ustaz ni. Ustaz ni kata..."Kalau kita dikalahkan di dunia ini oleh sesiapa atau apa-apa sahaja seperti harta, kecantikan, pangkat, gelaran, kebolehan, dll...tidak mengapa, tapi pastikan kita TIDAK DIKALAHKAN di akhirat nanti. Biar kalah di dunia, tapi tidak dikalahkan di akhirat". Tapi lagi cantik kalau di dunia tak kalah, di akhiratpun kita tak kalah!!
Jadi, marilah kita berusaha supaya kita tidak kalah dan tidak dikalahkan. Wallahualam.

1:44 AM

Datangmu Dirindui - Ramadhan al-Mubarak

Kepada suamiku, ibu-ibuku, anak-anakku, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-handai, kenalan dan anak didikku.....bersyukur kepada Allah SWT kerana kita diberi kesempatan lagi untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Marilah kita mengerjakan ibadah ini dengan bersungguh-sungguh supaya sentiasa mendapat keredhaan dan tempat yang mulia di sisi Allah SWT. Insya'Allah.

"Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa"

7:04 AM

Didiklah Hati Kita...

Hati kita tempat bersarangnya segala yang baik dan yang buruk. Tiap-tiap hari kita dengar orang kata...dia sakit hati dengan si anu dan si polan...bencinya aku!..geramnya aku!...menyampahnya aku!...
Sebenarnya kata Syeikh Abdulkadir Al Jailani, perkara paling susah kita nak buat ialah mendidik hati. Tapi ada tips yang dia beri supaya kita jadi orang yang merendah diri, tidak ego, dan sentiasa bersangka baik pada orang.
1. Katanya - jika kita bertemu dengan seseorang @ sesiapa saja sama ada kita kenal @ tak kenal - ucapkanlah dalam hati kita - "mungkin kedudukannya di sisi Allah lebih baik dan lebih tinggi daripada aku" - maka kita akan merendah diri dan tidak sangka yang bukan2.
2. Katanya - jika kita bertemu dengan anak kecil @ orang yang lebih muda - ucapkan dalam hati kita - "mungkin anak ini belum banyak maksiat dan dosa berbanding diriku yang telah banyak buat maksiat dan dosa sama ada sedar @ tidak" - maka kita akan lebih mengasihi dan hormat pada mereka.
3. Katanya - jika kita bertemu orang yang kaya raya dan berpangkat - ucapkan dalam hati kita - "mungkin orang ini banyak menderma pada masjid dan anak yatim" - maka kita akan lebih prihatin dan tidak sangka yang bukan2 tentang halal haram hartanya.
4. Katanya - jika kita bertemu orang kafir dan orang 'jahat' - ucapkan dalam hati kita - "mungkin orang ini pada akhir usianya, dia mendapat hidayah dan mendalami Islam dan beramal soleh, sedang aku tak tahu bagaimana akhir usiaku nanti" - maka kita akan elak diri daripada melakukan dosa dan mengutuk orang lain.
5. Katanya - jika kita bertemu dengan orang yang bodoh - ucapkan dalam hati kita - "mungkin orang itu buat maksiat kerana dia tak tahu, sedangkan aku masih bermaksiat padahal aku tahu akibatnya" - maka kita tidak akan memandang rendah pada kebodohan orang lain dan anggap diri kita pandai semua perkara.
6. Katanya - jika kita bertemu dengan orang alim yang berilmu - ucapkan dalam hati kita - "mungkin orang ini akan mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah, sedang aku rasa aku tidak alim dan kurang ilmu" - maka kita tidak akan membanggakan diri dengan orang lain ilmu sedikit yang kita ada.
7. Katanya - jika kita bertemu dengan orang tua - ucapkan dalam hati kita - "mungkin orang tua ini telah beribadat jauh lebih lama daripada aku, tentu dia lebih baik daripadaku" - maka kita akan lebih menghormati orang lain.
Banyak lagi tips Syeikh Abdulkadir ini, tapi cukuplah setakat ini dulu. Sebenarnya dah penat, minggu ini merupakan minggu yang 'menstresskan' saya. Berpesan-pesanlah sesama kita. Kalau ada sesiapa yang nak tambah, anda dialu-alukan.

7:20 AM

Warna-Warna Kehidupan

Baca artikel ini untuk suka-suka tapi JANGAN PERCAYA! Setiap hari kita memakai baju yang berwarna-warni dan saya pasti, kita semua ada warna kegemaran. Mengikut pakar motivasi, lupa pulak nama dia, warna melambangkan sifat seseorang, tapi saya ulang, JANGAN PERCAYA! Kepercayaan kita hanya kepada Allah SWT.

Warna Merah

1. orang yang aktif dan produktif
2. sukar menjalinkan kerjasama kerana sifat ego
3. suka bertengkar
4. boleh jadi pemimpin yang efektif
5. sukar untuk beri pujian kepada orang lain.


Warna Jingga

1. orang yang sukakan kesenangan duniawi
2. suka cabaran dan suka berkhayal
3. mementingkan diri sendiri, ego.
4. panjang akal dan kreatif


Warna Kuning

1. suka menyenangkan orang lain
2. sukakan humor dan membuat orang ketawa
3. suka mengambil risiko
4. mudah sedih dan stress

Warna Hijau

1. mempunyai pemikiran yang cepat dan pandai
2. tidak suka diperintah
3. personaliti yang baik dan menarik
4. agresif dan tak boleh terima pandangan orang lain
5. sukar untuk mengalah

Warna Biru

1. selalu beri perhatian kepada orang lain
2. mahir berkomunikasi
3. murah hati dan tidak ego
4. selalu ingin disayangi


Warna Ungu

1. suka bersahabat
2. suka mengambil ringan sesuatu perkara
3. sahabat yang menghargai dan sedia berkorban


Apa-apapun warna yang kita suka, sebenarnya semua sifat-sifat di atas ada dalam diri semua orang. Mana ada manusia yang sempurna di dunia ini. Yang lemah dan kurang baik datang daripada diri kita sendiri, yang terbaik dan sempurna datang daripada Allah SWT. Wallahualam.

3:40 AM

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat..

Bagaimana memudahkannya??

1. LALUAN MUDAH MENUJU KE KUBUR

  • Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
  • Hindarkan perasaan iri hati (benci)
  • Jangan terpengaruh dengan harta dunia
  • Sucikan qada' hajat dengan istibra' (berdehem selepas buang air kecil)

2. LALUAN MUDAH UNTUK BERJUMPA IZRA'IL

  • Bersihkan diri dengan bertaubat
  • Gembirakan hati orang mukmin
  • Bayar semua qada' puasa dan solat yang tertinggal
  • Kasih sepenuh hati kepada Allah S.W.T.

3. LALUAN MUDAH UNTUK BERTEMU MUNKAR & NAKIR

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Suka memberi sedekah
  • Berkata benar
  • Bersihkan dan perbaiki hati

4. LALUAN MUDAH UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

  • Belajar @ mengajar ilmu yang bermanfaat
  • Sucikan perkataan dan pakaian
  • Bersyukur dengan yang sedikit
  • Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T.

5. LALUAN MUDAH MEMANTAPKAN AMALAN

  • Jauhkan perkataan yang sia-sia
  • Pendekkan cita-cita dunia
  • Banyakkan puji-pujian kepada Allah S.W.T.
  • Banyakkan sedekah dan khairat

6. LALUAN MUDAH MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM

  • Kasihi para aulia'
  • Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
  • Berpegang teguh dengan hukum syara'
  • Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

7. LALUAN MUDAH MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan menangis kerana dosa-dosa lalu
  • Tinggalkan perkara maksiat
  • Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN MUDAH UNTUK MEMASUKI SYURGA

  • Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
  • Kasihi orang yang soleh
  • Kerjakan segala suruhan-Nya
  • Merendah diri antara semua makhluk Allah S.W.T.

9. LALUAN MUDAH BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

  • Kasihi Nabi-Nabi Allah S.W.T.
  • Kasihi dan contohi kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.
  • Tunaikanlah yang difardhukan oleh-Nya
  • Banyakkan berselawat

10. LALUAN MUDAH UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T.

  • Serahkan seluruh jiwa dan raga kepada-Nya
  • Hindarkan diri dari derhaka dan mensyirikkan Allah S.W.T.
  • Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada -Nya
  • Bencikan segala yang diharamkan-Nya

P/s : Renung-renungkan & selamat beramal~~

1:14 AM

Pesanan Imam Ghazali

Hari ni saya nak senaraikan kata-kata pesanan Imam Ghazali untuk peringatan diri sendiri dan juga mungkin kawan-kawan yang baca blog ini. Bukan apa, dah berumur macam sekarang ni, banyak benda yang tak boleh nak dihafal lagi, so lebih baik disimpan dalam blog. Buka aje blog boleh baca semula dan ingat!
1. Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang ringan itu solat dan yang tajam itu lidah.
2. Ambillah secebis ketabahan Saidina Abu Bakar, secangkir keluhuran Saidina Umar, dan selaut ilmu Saidina Ali.
3. Ada 5 perkara yang perlu disyukuri sekiranya kita mendapat ujian duniawi:
i. musibah dan kesakitan adalah kecil dan bukan kuasa menentukan jalan hidup.
ii. musibah yang adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama.
iii. azab di dunia ringan dan sekejap dan boleh dikurangkan, tidak seperti azab akhirat.
iv. selepas musibah akan datanglah kesenangan dan kebahagiaan.
v. ujian di dunia adalah jalan mencapai kebahagiaan di akhirat.
4. Sesungguhnya ketiadaan marah sama sekali adalah tercela. Yang terpuji adalah perasaan marah yang disusuli dengan akal dan agama.
5. Awasilah setiap detik dalam hidupmu. Jangan lupakan Allah walaupun seketika.
"Sesungguhnya semua manusia dalam kebinasaan kecuali mereka yang berilmu. Semua yang berilmu akan binasa kecuali mereka yang beramal. Semua yang beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas inipun belum tentu selamat dari bahaya besar di sisi Allah".
Ikhlas itu macam mana? Perumpamaan yang diberi - seekor semut hitam berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang hitam (gelap) pekat!

1:48 AM

Kenapa Perlu Kreatif ?

Kata 'Bloom', sesuatu kejayaan bermula dengan akal yang kreatif. Orang yang kreatif boleh pergi jauh dalam apa jua bidang yang diceburinya. Bagilah apa saja pada orang yang kreatif, ada saja idea nak buat pada benda tersebut. Memberi dan menjawab teka-teki pun boleh jadi kreatif!

Tapi kenapa kita perlu jadi kreatif?

Kata Bloom lagi - ada 3 sebab kenapa kita perlu kreatif.

1. untuk 'joy dan happiness'

kanak-kanak ketawa 400 X sehari, orang dewasa ketawa 15 X sehari, orang tua pula ketawa 1 X sehari - jadi kita kena kreatif supaya semua orang boleh ketawa lebih daripada kajian ketawa yang dibuat di atas!! Ha..ha..

2. untuk 'survival and progress'

kita kena kreatif untuk terus hidup - kalau asyik murung, stress, tension, marah orang itu, orang ini - jangka hayat tak lama, so macam mana nak survive? Kata orang putih - 'Creative problem solving is the only means of survival'.

3. untuk 'wealth creation'

orang tak pandai tak semestinya tak berjaya! Macam Bill Gates - selalu kena tempelak dan kena marah dengan gurunya sebab dia tak pandai dalam kelas, tapi berjaya menjadi orang terkaya di dunia. Sebab apa? Sebab dia sangat kreatif dalam bidangnya!!! Orang yang kreatif ni sebenarnya boleh buat duit dan hidup senang...

Ok, sekarang ni tepuk dada, tanya diri sendiri - kreatif ke kita? Nak uji diri anda kreatif, jawab soalan berikut.

1. Ada seorang lelaki sedang minum teh, duduk di bangunan 10 tingkat. Tiba-tiba dia lompat keluar, tapi dia tak cedera sikit pun! Kenapa?

2. Ikan apa yang tidak tahu berenang?

3. Sungai apa yang tidak pernah mempunyai air?

4. Hujan turun dengan lebat pada suatu petang, disertai kilat sabung-menyabung. Seorang lelaki turun dari kereta, terus duduk di bangku taman dengan selambanya. Kenapa dia tak basah sedikitpun?

Confuse ke? Kalau confuse, maknanya anda tak kreatif sebab 'Confuse people are not creative people'.

3:03 AM

Rambut Sama Hitam, Ragam Lain-Lain

Semasa saya sedang mengemas buku-buku yang bertaburan atas lantai di sekolah, saya terjumpa satu notebook lama. Kalau tidak silap, notebook tahun 2004. Ada satu artikel di dalamnya yang saya nak share dengan semua orang. Artikelnya tentang manusia yang rambutnya sama hitam tetapi banyak ragam dan banyak karektornya. Kata orang sekarang - banyak songehnya! Tetapi dalam artikel ini hanya memaparkan sifat negatif manusia dan anggaplah ini sebagai bacaan santai.

10 karektor manusia yang berbeza sifat negatifnya:

1. 'Tank' Person - jenis orang yang tidak kisah apa orang nak kata @ tidak ambil peduli perasaan orang lain, buat @ cakap ikut sedap mulut dia sahaja.

2. 'Snipper' Person - jenis orang yang suka melihat kelemahan / kegagalan orang lain, dan dia akan cepat-cepat ambil peluang agar dia kelihatan menonjol.

3. 'Grenade' Person - jenis ini pula orang yang suka dan cepat melenting / menentang dan sentiasa tidak setuju dengan orang lain.

4. 'To Know It All' Person - orang yang sentiasa kata dia tahu (98%) tetapi tak tahulah dia betul-betul tahu atau jenis yang suka agak-agak dia tahu.

5. 'They Think They Know Everything' Person - jenis orang yang berlagak pandai serba-serbi padahal dia tidak tahupun dan tak buat apa-apapun!

6. 'Yes' Person - jenis orang yang tidak membantah, suka mengiakan, banyaklah kerja dia!

7. 'Maybe' Person - jenis orang yang tahu tetapi tidak berani buat keputusan atau beri pendapat. Jawapannya selalu - mungkinlah!

8. 'Nothing' Person - jenis orang yang semua dia tidak tahu nak buat, tak tahu apa-apa, tidak sumbangkan apa-apa.

9. 'No' Person - jenis orang yang sentiasa tidak mahu buat itu dan ini, tidak setuju dengan cadangan orang lain, sebenarnya takut ambil risiko dan takut kena buat banyak kerja!

10. 'Whinner' Person - jenis orang yang suka dan asyik komplen itu ini, suka mengadu tentang orang itu ini dan sentiasa harapkan crony nya menyokong dia semasa dia komplen atau buat bangkangan.

Penulis artikel ini (mat saleh) - lupa pulak namanya - pakar mengkaji sifat manusia. Tapi dah tentulah rambut dia bukan hitam, mungkin putih, merah, atau cokelat! Rambut kita semuapun tak sama hitam kan!!

5:19 AM

Kubur Menyeru Kita Setiap Hari.....

Kubur Menyeru Manusia Setiap Hari...

1. Aku rumah yang terpencil - kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap - maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu - bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa - maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nangkir - maka banyaklah bacaan Laailahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

5:16 AM

Rahsia Ayat 58, Surah Yassin

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMIN~~

2:40 AM

Apa itu Teknologi Hijau ?

Teknologi Hijau ialah teknologi yang menggunakan segala kaedah, metodologi, teknik dan bahan yang berasaskan sumber semulajadi, bahan kitar semula yang 'non-toxic' kepada alam sekitar dan kehidupan. Teknologi ini juga dikenali sebagai teknologi bersih dan teknologi selamat. Baca maklumat lanjut.

7:54 PM

Hari Alam Sekitar Sedunia

5 Jun setiap tahun merupakan hari alam sekitar sedunia. Setiap hari dunia semakin rosak - oleh siapa? Bukankah kita - manusia yang merosakkannya dengan pelbagai pembinaan untuk tujuan modenisasi pembangunan? Malangnya, pembangunan yang diusahakan oleh manusia bukan semuanya pembangunan lestari. Marilah kita sama-sama mainkan peranan selamatkan bumi dan alam ini. Seboleh-bolehnya ELAKKAN perkara-perkara berikut:

1. Pembakaran terbuka
2. Menggunakan polisterena untuk membungkus makanan
3. Membungkus barangan dengan beg plastik
4. Membuang sampah merata-rata tempat
5. Menebang pokok sesuka hati
6. Pembaziran air dan elektrik

Mulakan dari rumah.Sekurang-kurangnya kita membantu selamatkan bumi walaupun sedikit!!

11:02 PM

Susahke belajar Geografi ?

Pelajar A : Cikgu!Susahnya nak belajar Geografi. Saya dah baca banyak kali tapi masih tak ingat.
Apa yang saya baca sebelum periksa, semua saya tak ingat! Macamana nak buat cikgu?

Keluhan pelajar seperti di atas sudah banyak kali didengar, saban tahun. Tapi sebenarnya tidaklah susah belajar Geografi. Semuanya fakta - sebab/akibat/kesan. Ada beberapa sebab kenapa pelajar rasa susah :

i. Fobia peta - Soalan berdasarkan peta ada lebih kurang 30 - 35%
ii. Tak rajin membaca - bila tak rajin baca, susah ingat fakta
iii. Terlalu banyak fakta yang perlu diingat/dihafal
iV.Tajuk nampak sedikit, tapi 'kandungan' setiap tajuk banyak/mendalam

Hilangkan perasaan fobia/tak suka/susah pada peta, pelajar perlulah:

i. Belajar/ulangkaji mesti merujuk peta
ii. Tampal peta di fail/bilik tidur anda ikut tajuk - berapa kali masuk bilik tidur?
iii. Main game 'peta' dengan rakan-rakan anda - teka tempat dll
iv. Mahirkan tangan melukis peta - cuba lukis peta Sem. M'sia, lihat bentuk yang terhasil!

9:26 PM

catatan di ruang maya





Hadis Rasulullah SAW - "Ketahuilah sesungguhnya jika seluruh isi bumi berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kecuali jika Allah telah menentukannya, begitu juga jika mereka berkumpul untuk memberikan musibah kepada kamu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali Allah mengizinkannya"

9:13 PM

Salam perkenalan

Alhamdulilah, at last dapat juga merealisasikan impian untuk buat blog sendiri! Thanks to my beloved husband, Mustafar Ali, my lovely daughters, Shazlina and Amirah and not to forget, adikku, Saifuddin.