3:40 AM

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat..

Bagaimana memudahkannya??

1. LALUAN MUDAH MENUJU KE KUBUR

  • Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
  • Hindarkan perasaan iri hati (benci)
  • Jangan terpengaruh dengan harta dunia
  • Sucikan qada' hajat dengan istibra' (berdehem selepas buang air kecil)

2. LALUAN MUDAH UNTUK BERJUMPA IZRA'IL

  • Bersihkan diri dengan bertaubat
  • Gembirakan hati orang mukmin
  • Bayar semua qada' puasa dan solat yang tertinggal
  • Kasih sepenuh hati kepada Allah S.W.T.

3. LALUAN MUDAH UNTUK BERTEMU MUNKAR & NAKIR

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Suka memberi sedekah
  • Berkata benar
  • Bersihkan dan perbaiki hati

4. LALUAN MUDAH UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

  • Belajar @ mengajar ilmu yang bermanfaat
  • Sucikan perkataan dan pakaian
  • Bersyukur dengan yang sedikit
  • Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T.

5. LALUAN MUDAH MEMANTAPKAN AMALAN

  • Jauhkan perkataan yang sia-sia
  • Pendekkan cita-cita dunia
  • Banyakkan puji-pujian kepada Allah S.W.T.
  • Banyakkan sedekah dan khairat

6. LALUAN MUDAH MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM

  • Kasihi para aulia'
  • Berbaktilah kepada kedua ibu bapa
  • Berpegang teguh dengan hukum syara'
  • Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

7. LALUAN MUDAH MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan menangis kerana dosa-dosa lalu
  • Tinggalkan perkara maksiat
  • Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN MUDAH UNTUK MEMASUKI SYURGA

  • Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
  • Kasihi orang yang soleh
  • Kerjakan segala suruhan-Nya
  • Merendah diri antara semua makhluk Allah S.W.T.

9. LALUAN MUDAH BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

  • Kasihi Nabi-Nabi Allah S.W.T.
  • Kasihi dan contohi kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.
  • Tunaikanlah yang difardhukan oleh-Nya
  • Banyakkan berselawat

10. LALUAN MUDAH UNTUK BERTEMU ALLAH S.W.T.

  • Serahkan seluruh jiwa dan raga kepada-Nya
  • Hindarkan diri dari derhaka dan mensyirikkan Allah S.W.T.
  • Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada -Nya
  • Bencikan segala yang diharamkan-Nya

P/s : Renung-renungkan & selamat beramal~~

1:14 AM

Pesanan Imam Ghazali

Hari ni saya nak senaraikan kata-kata pesanan Imam Ghazali untuk peringatan diri sendiri dan juga mungkin kawan-kawan yang baca blog ini. Bukan apa, dah berumur macam sekarang ni, banyak benda yang tak boleh nak dihafal lagi, so lebih baik disimpan dalam blog. Buka aje blog boleh baca semula dan ingat!
1. Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang ringan itu solat dan yang tajam itu lidah.
2. Ambillah secebis ketabahan Saidina Abu Bakar, secangkir keluhuran Saidina Umar, dan selaut ilmu Saidina Ali.
3. Ada 5 perkara yang perlu disyukuri sekiranya kita mendapat ujian duniawi:
i. musibah dan kesakitan adalah kecil dan bukan kuasa menentukan jalan hidup.
ii. musibah yang adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama.
iii. azab di dunia ringan dan sekejap dan boleh dikurangkan, tidak seperti azab akhirat.
iv. selepas musibah akan datanglah kesenangan dan kebahagiaan.
v. ujian di dunia adalah jalan mencapai kebahagiaan di akhirat.
4. Sesungguhnya ketiadaan marah sama sekali adalah tercela. Yang terpuji adalah perasaan marah yang disusuli dengan akal dan agama.
5. Awasilah setiap detik dalam hidupmu. Jangan lupakan Allah walaupun seketika.
"Sesungguhnya semua manusia dalam kebinasaan kecuali mereka yang berilmu. Semua yang berilmu akan binasa kecuali mereka yang beramal. Semua yang beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas inipun belum tentu selamat dari bahaya besar di sisi Allah".
Ikhlas itu macam mana? Perumpamaan yang diberi - seekor semut hitam berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang hitam (gelap) pekat!

1:48 AM

Kenapa Perlu Kreatif ?

Kata 'Bloom', sesuatu kejayaan bermula dengan akal yang kreatif. Orang yang kreatif boleh pergi jauh dalam apa jua bidang yang diceburinya. Bagilah apa saja pada orang yang kreatif, ada saja idea nak buat pada benda tersebut. Memberi dan menjawab teka-teki pun boleh jadi kreatif!

Tapi kenapa kita perlu jadi kreatif?

Kata Bloom lagi - ada 3 sebab kenapa kita perlu kreatif.

1. untuk 'joy dan happiness'

kanak-kanak ketawa 400 X sehari, orang dewasa ketawa 15 X sehari, orang tua pula ketawa 1 X sehari - jadi kita kena kreatif supaya semua orang boleh ketawa lebih daripada kajian ketawa yang dibuat di atas!! Ha..ha..

2. untuk 'survival and progress'

kita kena kreatif untuk terus hidup - kalau asyik murung, stress, tension, marah orang itu, orang ini - jangka hayat tak lama, so macam mana nak survive? Kata orang putih - 'Creative problem solving is the only means of survival'.

3. untuk 'wealth creation'

orang tak pandai tak semestinya tak berjaya! Macam Bill Gates - selalu kena tempelak dan kena marah dengan gurunya sebab dia tak pandai dalam kelas, tapi berjaya menjadi orang terkaya di dunia. Sebab apa? Sebab dia sangat kreatif dalam bidangnya!!! Orang yang kreatif ni sebenarnya boleh buat duit dan hidup senang...

Ok, sekarang ni tepuk dada, tanya diri sendiri - kreatif ke kita? Nak uji diri anda kreatif, jawab soalan berikut.

1. Ada seorang lelaki sedang minum teh, duduk di bangunan 10 tingkat. Tiba-tiba dia lompat keluar, tapi dia tak cedera sikit pun! Kenapa?

2. Ikan apa yang tidak tahu berenang?

3. Sungai apa yang tidak pernah mempunyai air?

4. Hujan turun dengan lebat pada suatu petang, disertai kilat sabung-menyabung. Seorang lelaki turun dari kereta, terus duduk di bangku taman dengan selambanya. Kenapa dia tak basah sedikitpun?

Confuse ke? Kalau confuse, maknanya anda tak kreatif sebab 'Confuse people are not creative people'.

3:03 AM

Rambut Sama Hitam, Ragam Lain-Lain

Semasa saya sedang mengemas buku-buku yang bertaburan atas lantai di sekolah, saya terjumpa satu notebook lama. Kalau tidak silap, notebook tahun 2004. Ada satu artikel di dalamnya yang saya nak share dengan semua orang. Artikelnya tentang manusia yang rambutnya sama hitam tetapi banyak ragam dan banyak karektornya. Kata orang sekarang - banyak songehnya! Tetapi dalam artikel ini hanya memaparkan sifat negatif manusia dan anggaplah ini sebagai bacaan santai.

10 karektor manusia yang berbeza sifat negatifnya:

1. 'Tank' Person - jenis orang yang tidak kisah apa orang nak kata @ tidak ambil peduli perasaan orang lain, buat @ cakap ikut sedap mulut dia sahaja.

2. 'Snipper' Person - jenis orang yang suka melihat kelemahan / kegagalan orang lain, dan dia akan cepat-cepat ambil peluang agar dia kelihatan menonjol.

3. 'Grenade' Person - jenis ini pula orang yang suka dan cepat melenting / menentang dan sentiasa tidak setuju dengan orang lain.

4. 'To Know It All' Person - orang yang sentiasa kata dia tahu (98%) tetapi tak tahulah dia betul-betul tahu atau jenis yang suka agak-agak dia tahu.

5. 'They Think They Know Everything' Person - jenis orang yang berlagak pandai serba-serbi padahal dia tidak tahupun dan tak buat apa-apapun!

6. 'Yes' Person - jenis orang yang tidak membantah, suka mengiakan, banyaklah kerja dia!

7. 'Maybe' Person - jenis orang yang tahu tetapi tidak berani buat keputusan atau beri pendapat. Jawapannya selalu - mungkinlah!

8. 'Nothing' Person - jenis orang yang semua dia tidak tahu nak buat, tak tahu apa-apa, tidak sumbangkan apa-apa.

9. 'No' Person - jenis orang yang sentiasa tidak mahu buat itu dan ini, tidak setuju dengan cadangan orang lain, sebenarnya takut ambil risiko dan takut kena buat banyak kerja!

10. 'Whinner' Person - jenis orang yang suka dan asyik komplen itu ini, suka mengadu tentang orang itu ini dan sentiasa harapkan crony nya menyokong dia semasa dia komplen atau buat bangkangan.

Penulis artikel ini (mat saleh) - lupa pulak namanya - pakar mengkaji sifat manusia. Tapi dah tentulah rambut dia bukan hitam, mungkin putih, merah, atau cokelat! Rambut kita semuapun tak sama hitam kan!!