1:58 AM

Tak Perlu Buat Presentation - Yahooooo!

Hari ini 27 April 2010, pukul 2.28 petang, dapat surat drp PPD.


Latest news : Tak perlu buat presentation!!
Guru-guru Gred 41 - 54 - penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan.
Penulisan sinopsis buku yang disediakan perlu merangkumi perkara-perkara berikut:


i. Ringkasan Eksekutif
ii. Pembelajaran yang diperoleh
iii. Aplikasi di dalam organisasi

Hanya peringkat pengurusan tertinggi / JUSA saja yang wajib buat pembentangan dan penulisan sinopsis buku.

Fuhh...selamat. Ok, jadi sama-sama lah kita berfikiran lebih positif selepas ini!

1:06 AM

Book Review - Program LDP 2010 (JPS & BPG)

Salam sejahtera semua bloggers SMKTD

Lama betul tak buka blog - memang agak sibuk dan menyibukkan diri dengan 1001 macam benda dan hal!! Tahun 2010 ni, LDP tiada peruntukan, jadi slow lah sikit perancangan kursus.
Cikgu-cikgu pun nampak happy jugak, tak susah-susah nak datang hari Sabtu. Kira boleh rehatlah hujung minggu...

Tup..Tap..datang pulak surat dari JPS / BPG, minta semua guru baca buku dan buat presentation depan kawan-kawan. Kira kena buat kursus lah jugak...macam-macam feedback daripada cikgu-cikgu.

Yang positif kata :
- bagus jugak, tak perlu baca banyak buku tapi boleh dapat banyak ilmu.
- harap-harap cikgu-cikgu bentangkan tajuk-tajuk PTK, jadi tak payah saya baca buku, saya
dapat maklumat PTK untuk periksa.
- boleh tak saya buat dalam bentuk power point?
- bila nak susun giliran presentation? saya tak kisah nombor berapapun!

Yang tak positif kata :
- alamak! Kena baca buku ilmiah pulak, novel tak boleh ke?
- leceh betul JPS/ BPG ni, ingat cikgu-cikgu tak baca buku ke?
- ingat cikgu-cikgu ni relax ke? banyak buku nak tanda tau!
- siapa dulu buat presentation? Bagilah pentadbir, GKB, KP, Ketua Unit dulu eh!
- alah, nak buat tajuk apa? mana nak cari buku? nak kena beli ke?
- lecehla, ntah apa-apa lagi kursus nak suruh buat!

Yang tengah-tengah kata :
- tak kisah nak baca buku, tapi malulah nak present depan kawan-kawan, nanti tak best, they
all tak nak dengar, nanti ada yang tanya soalan maut, malu kalau tak dapat jawab...ada yang
akan ketawakan, seganlah...

Terima kasih atas komen yang jujur dan terbuka!! Terhibur juga dengan komen-komen begini.
Macamanapun, tunggulah 3 Mei 2010 apabila semua guru dah hantar keratan borang maklumat, barulah jadual presentation akan disusun. Sama-samalah kita hadapi 'kursus maut' ini dengan tabah....nak cakap apa, buat je lah!!!

1:38 AM

Budaya Kerja Cemerlang Mengikut Perspektif Islam

Sabtu lepas, 12 September 2009, 9.30 pagi, di Balai Islam SMKTD (cantiknya balai islam ni, tempat solat guru perempuan pun best) - ada ceramah tentang tajuk di atas oleh Ustaz Mohd. Razali bin Jamil Al-Hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Misriyah, Segamat, Johor.
Seronok mendengar ceramah ustaz ni, tapi kecut perut cikgu-cikgu apabila ditujukan soalan-soalan berdasarkan subjek masing-masing. Bukan apa...takut tersalah jawab...malu!! Yang bestnya, apabila dia bertanya, siapa ajar Sejarah, Sains, Bahasa Melayu, Fizik, Geografi - semua tunjuk cikgu-cikgu lelaki...kira gentlemen lah tu, tolong jawab untuk cikgu perempuan!
Tapi apa yang saya nak share dengan semua guru ialah intipati ceramahnya yang penting sebagai pedoman golongan warga pendidik seperti kita iaitu 4 perkara.
1. Apa-apa saja kerja kita lakukan - mesti bertepatan dengan syarak. Jadikan kerja
sebagai satu ibadat yang mendatangkan pahala, bukan kerja yang mendatangkan dosa.
2. Mesti ada keikhlasan dalam bekerja. Kata ustaz ni, sembunyikan perkara baik yang di
lakukan, jangan menunjuk-nunjuk pada orang.
3. Dalam masa kita bekerja, jangan sampai meninggalkan perkara fardhu.
Perkara yang sunat dikerjakan tapi yang wajib ditinggalkan.

4. Nawaitu / niat mesti betul kerana produk yang dihasilkan akan ikut niat kita dan Allah SWT beri kita pahala ikut niat kita juga. Niat ni juga akan membezakan yang fardhu dengan sunat dan membezakan ibadat dengan adat.

Bila mendengar ceramah yang menarik macam ni, terasa masa berlalu cepat betul! Tapi ok juga habis cepat, penat duduk atas lantai sebenarnya, sakit kat macam-macam tempat, tukar posisi duduk aje dah 4 - 5 kali, bila nak bangun ...adui, sakitnya pinggang dan kakiku..!

Tapi apa-apapun, saya teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus...

Katanya, iman kita, manusia akhir zaman ni, senipis kulit bawang dan macam 'belon'. Kalau kita rajin mendengar ceramah agama, iman kita akan 'boost', insaflah kita sekejap...tapi kalau dah lama tak dengar ceramah agama, iman kita akan mengendur, berkurang dan boleh hilang... macam belon lah, kalau diisi dengan gas/udara, belon akan mengembang dan membesar, tapi kalau lama tak diisi dengan gas/udara, belon akan mengecut dan mengempis...Sama-samalah kita berpesan-pesan antara satu sama lain. Wallahualam.


6:08 PM

Analisis Bentuk Soalan Geografi PMR 2005 - 2008

Tahun 2005

1. Peta topo - 6 soalan
2. Peta Sem. M'sia - 1 soalan
3. Peta Malaysia - 6 soalan
4. Peta S & Swk - 1 soalan
5. Peta Dunia - 3 soalan
6. G/rajah, Rajah - 13 soalan
7. Pernyataan - 30 soalan

Bil dan % soalan berbentuk peta - 11 soalan (18.3%)


Tahun 2006


1. Peta Topo - 6 soalan
2. Peta Sem. M'sia - 1 soalan
3. Peta Malaysia - 9 soalan
4. Peta S & Swk - tiada
5. Peta Dunia - 3 soalan
6. G/Rajah, Rajah - 3 soalan
7. Pernyataan - 38 soalan

Bil dan % soalan berbentuk peta - 13 soalan (21.6%)


Tahun 2007

1. Peta Topo - 6 soalan
2. Peta Sem. M'sia - 2 soalan
3. Peta Malaysia - 9 soalan
4. Peta S & Swk - tiada
5. Peta Dunia - 2 soalan
6. G/Rajah, Rajah - 4 soalan
7. Pernyataan - 37 soalan

Bil dan % Soalan Berbentuk Peta - 13 soalan (21.6%)


Tahun 2008

1. Peta Topo - 6 soalan Bi
2. Peta Sem. M'sia - 3 soalan
3. Peta Malaysia - 5 soalan
4. Peta S & Swk - tiada
5. Peta Dunia - 4 soalan
6. G/Rajah, Rajah - 5 soalan
7. Pernyataan - 37 soalan

Bil dan % Soalan Berbentuk Peta - 12 soalan (20%)

3:25 AM

Treat Others With Respect

Treating people with respect makes our world a nicer place to live in. So how to treat people with respect? Actually, it's easy....here are some ideas we can share..

1. Don't insult people or make fun of them...mock or tease people...

2. Listen to others when they speak...

3. Value other peoples opinion...

4. Don't talk bad things about people behind their back...
5. Be sensitive to other people's feelings...
6. Don't pressure people to do something they don't want to do...
7. Don't underestimate people...
But the most important thing about respect is - we have to treat people the way how we like them to treat us.
Have a nice day!!

1:21 AM

Tidak Kalah Dan Tidak Dikalahkan...

Sewaktu sedang drive balik ke rumah tengah hari tadi, sayapun bukalah radio IKIM, cadang tu nak dengar lagu-lagu nasyid. Memang menusuk kalbu mendengar lagu-lagu sebegini, lebih-lebih lagi hari Jumaatkan! Habis saja lagu nasyid tu, juruhebah radio tu minta ustaz yang beri tazkirah sebelum tu sambung...

Yang paling menarik perhatian dan konsentrasi saya ketika itu ialah ungkapan ustaz ni. Ustaz ni kata..."Kalau kita dikalahkan di dunia ini oleh sesiapa atau apa-apa sahaja seperti harta, kecantikan, pangkat, gelaran, kebolehan, dll...tidak mengapa, tapi pastikan kita TIDAK DIKALAHKAN di akhirat nanti. Biar kalah di dunia, tapi tidak dikalahkan di akhirat". Tapi lagi cantik kalau di dunia tak kalah, di akhiratpun kita tak kalah!!
Jadi, marilah kita berusaha supaya kita tidak kalah dan tidak dikalahkan. Wallahualam.

1:44 AM

Datangmu Dirindui - Ramadhan al-Mubarak

Kepada suamiku, ibu-ibuku, anak-anakku, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-handai, kenalan dan anak didikku.....bersyukur kepada Allah SWT kerana kita diberi kesempatan lagi untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Marilah kita mengerjakan ibadah ini dengan bersungguh-sungguh supaya sentiasa mendapat keredhaan dan tempat yang mulia di sisi Allah SWT. Insya'Allah.

"Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa"