1:38 AM

Budaya Kerja Cemerlang Mengikut Perspektif Islam

Sabtu lepas, 12 September 2009, 9.30 pagi, di Balai Islam SMKTD (cantiknya balai islam ni, tempat solat guru perempuan pun best) - ada ceramah tentang tajuk di atas oleh Ustaz Mohd. Razali bin Jamil Al-Hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Misriyah, Segamat, Johor.
Seronok mendengar ceramah ustaz ni, tapi kecut perut cikgu-cikgu apabila ditujukan soalan-soalan berdasarkan subjek masing-masing. Bukan apa...takut tersalah jawab...malu!! Yang bestnya, apabila dia bertanya, siapa ajar Sejarah, Sains, Bahasa Melayu, Fizik, Geografi - semua tunjuk cikgu-cikgu lelaki...kira gentlemen lah tu, tolong jawab untuk cikgu perempuan!
Tapi apa yang saya nak share dengan semua guru ialah intipati ceramahnya yang penting sebagai pedoman golongan warga pendidik seperti kita iaitu 4 perkara.
1. Apa-apa saja kerja kita lakukan - mesti bertepatan dengan syarak. Jadikan kerja
sebagai satu ibadat yang mendatangkan pahala, bukan kerja yang mendatangkan dosa.
2. Mesti ada keikhlasan dalam bekerja. Kata ustaz ni, sembunyikan perkara baik yang di
lakukan, jangan menunjuk-nunjuk pada orang.
3. Dalam masa kita bekerja, jangan sampai meninggalkan perkara fardhu.
Perkara yang sunat dikerjakan tapi yang wajib ditinggalkan.

4. Nawaitu / niat mesti betul kerana produk yang dihasilkan akan ikut niat kita dan Allah SWT beri kita pahala ikut niat kita juga. Niat ni juga akan membezakan yang fardhu dengan sunat dan membezakan ibadat dengan adat.

Bila mendengar ceramah yang menarik macam ni, terasa masa berlalu cepat betul! Tapi ok juga habis cepat, penat duduk atas lantai sebenarnya, sakit kat macam-macam tempat, tukar posisi duduk aje dah 4 - 5 kali, bila nak bangun ...adui, sakitnya pinggang dan kakiku..!

Tapi apa-apapun, saya teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz Ismail Kamus...

Katanya, iman kita, manusia akhir zaman ni, senipis kulit bawang dan macam 'belon'. Kalau kita rajin mendengar ceramah agama, iman kita akan 'boost', insaflah kita sekejap...tapi kalau dah lama tak dengar ceramah agama, iman kita akan mengendur, berkurang dan boleh hilang... macam belon lah, kalau diisi dengan gas/udara, belon akan mengembang dan membesar, tapi kalau lama tak diisi dengan gas/udara, belon akan mengecut dan mengempis...Sama-samalah kita berpesan-pesan antara satu sama lain. Wallahualam.