1:14 AM

Pesanan Imam Ghazali

Hari ni saya nak senaraikan kata-kata pesanan Imam Ghazali untuk peringatan diri sendiri dan juga mungkin kawan-kawan yang baca blog ini. Bukan apa, dah berumur macam sekarang ni, banyak benda yang tak boleh nak dihafal lagi, so lebih baik disimpan dalam blog. Buka aje blog boleh baca semula dan ingat!
1. Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang ringan itu solat dan yang tajam itu lidah.
2. Ambillah secebis ketabahan Saidina Abu Bakar, secangkir keluhuran Saidina Umar, dan selaut ilmu Saidina Ali.
3. Ada 5 perkara yang perlu disyukuri sekiranya kita mendapat ujian duniawi:
i. musibah dan kesakitan adalah kecil dan bukan kuasa menentukan jalan hidup.
ii. musibah yang adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dengan agama.
iii. azab di dunia ringan dan sekejap dan boleh dikurangkan, tidak seperti azab akhirat.
iv. selepas musibah akan datanglah kesenangan dan kebahagiaan.
v. ujian di dunia adalah jalan mencapai kebahagiaan di akhirat.
4. Sesungguhnya ketiadaan marah sama sekali adalah tercela. Yang terpuji adalah perasaan marah yang disusuli dengan akal dan agama.
5. Awasilah setiap detik dalam hidupmu. Jangan lupakan Allah walaupun seketika.
"Sesungguhnya semua manusia dalam kebinasaan kecuali mereka yang berilmu. Semua yang berilmu akan binasa kecuali mereka yang beramal. Semua yang beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas. Dan mereka yang ikhlas inipun belum tentu selamat dari bahaya besar di sisi Allah".
Ikhlas itu macam mana? Perumpamaan yang diberi - seekor semut hitam berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang hitam (gelap) pekat!

0 comments: